Ada-Ada
Maksud: Ada sesuatu
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.
Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.
Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara
Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah
Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.
Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.
Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.
Abu Jahal
Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.
Abu Nawas
Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.
Ada Akal
Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.
Ada Angin
Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.
Ada Bakat
Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.
Ada Can
Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.
Ada Gaya
Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.
Ada Hati
Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.
Ada Jalan
Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.
Adu Buku Maksud: Bertinju.
Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.
Adu Domba = Mengadu Domba
Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.
Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.
Adu Lengan = Beradu Lengan
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.
Adu Nasib = Mengadu Nasib
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.
Adu Untung
Maksud: Mencari rezeki.
Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.
Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
b) “Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai,” kata Imad kepada Husin.
Air Pasang
Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.
Air Sembilan
Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.
Air Setaman
Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.
Air Surut
Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.
Ajak-Ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.
Akal Belut
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.
Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Akal Sejengkal
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.
Alas Cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
Alas Kata
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Alas Perut
Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.
Alih Akal = Beralih Akal
Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.
Alih Angin = Beralih Angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.
Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.
Aliran Masyarakat
Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.
Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.
Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.
Ambil Angin
Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.
Ambil Bahagian
Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Ambil Berat Maksud: memberi perhatian terhadap sesuatu
Ambil Mudah Maksud: menganggap sesuatu perkara itu mudah
Ambil Ingatan
Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.
Ambil Muka = Mengambil Muka
Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.
Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.
Ambil Tahu = Mengambil Tahu
Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.
Anak Adam
Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.
Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.
Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.
Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknyapergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
Anak Bukit
Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.
Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.
Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.
Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.
Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.
Anak Jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.
Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.
Anak Kapal
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.
Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.
Babi Buta = Membabi Buta
Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.
Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.
Bahasa Ibunda
Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.
Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar
Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.
Bahasa Pasar
Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.
Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.
Baik Budi
Maksud: Baik hati.
Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.
Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.
Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.
Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.
Balas Budi = Membalas Budi
Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.
Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.
Balik Gagang = Berbalik Gagang
Maksud: Berpihak kepada musuh.
Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.
Balik Hati = Berbalik Hati
Maksud: Berubah pendirian.
Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.
Bangkai Bernyawa
Maksud: Orang yang tidak berguna.
Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.
Bantal Lengan = Berbantal Lengan
Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.
Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.
Banting Tulang = Membanting Tulang
Maksud: Bekerja bermati-matian.
Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.
Banyak Akal
Maksud: Banyak helah.
Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.
Banyak Cakap
Maksud: Orang yang suka berleter.
Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.
Banyak Mulut
Maksud: Orang yang suka berleter.
Bapa Angkat
Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.
Bapa Kandung
Maksud: Bapa sebenar.
Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.
Basuh Mulut = Pembasuh Mulut
Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.
Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
Batu Api
Maksud: Orang yang suka menghasut.
Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.
Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.
Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.
Bau-Bau Bacang
Maksud: Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.
Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda.
Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.
Bawa Hati
Maksud: Merajuk.
Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.
Bawa Hidup
Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.
Bawa Mati
Maksud: Menyebabkan mati.
Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.
Bawa Mulut
Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.
Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.
Bawa Nasib
Maksud: Merantau mencari penghidupan.
Bawa Nyawa
Maksud: Menyelamatkan diri.
Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.
Bawa Sial = Membawa Sial
Maksud: Mendatangkan malang.
Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.
Bawa Tempurung
Maksud: Minta sedekah.
Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.
Bawa Tuah = Membawa Tuah
Maksud: Mendatangkan keuntungan.
Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.
Bawah Angin
Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.
Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.
Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.
Bawah Tanah
Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.
Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias.
Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.
Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam.
Berat Sebelah
Maksud: Tidak adil.
Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.
Berat Tangan Maksud: Pemalas.
Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.
Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat.
Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.
Bulan Madu
Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.
Bulan penuh Maksud: Cantik.
Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.
Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.
Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.
Bulat Kata
Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.
Bunga Bangsa
Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.
Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.
Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta.
Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.
Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.
Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Contoh Ayat: “Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata,” kata Tuk Penghulu.
Cahaya Mata
Maksud: Anak.
Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.
Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.
Cakap Besar
Maksud: Meninggi diri.
Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.
Cakap Mulut
Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.
Cakar Awan = Pencakar Awan
Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.
Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.
Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk.
Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.
Campur Cakap
Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.
Contoh Ayat: “Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya,” kata ayah.
Cangkul Angin
Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.
Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
Cari Bala
Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.
Cari Fasal
Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.
Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.
Cari Makan Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.
Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.
Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu.
Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.
Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi.
Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.
Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.
Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.
Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.
Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri.
Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.
Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.
Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.
Cerai Kasih = Bercerai Kasih Maksud: Putus percintaan.
Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.
Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah.
Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.
Cerai Mati = Bercerai Mati Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.
Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.
Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.
Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas.
Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.
Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.
Cuci Mata Maksud:
a) Melihat pemandangan yang cantik.
b) Melihat perempuan yang cantik-cantik.
Contoh Ayat:
a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.
b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.
Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.
Cuci Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.
Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.
Dabik Dada = Mendabik Dada Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.
Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.
Dagang Piatu Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.
Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.
Daki Dunia Maksud: Harta dunia.
Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.
Dakwat Tumpah Maksud: Rambut yang hitam lebat.
Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.
Dalam Kekeringan Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.
Dalam Tangan Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.
Dapat Hati Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.
Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.
Dapat Khabar = Mendapat Khabar Maksud: Menerima berita.
Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.
Dapat Malu = Mendapat Malu Maksud: Menanggung malu.
Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.
Dapat Nama = Mendapat Nama Maksud: Menjadi terkenal.
Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.
Dapat Terpijak Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.
Darah Daru Setampuk Pinang Maksud: Masih muda.
Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.
Darah Daging Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.
Darah Gemuruh Maksud: Mudah gugup.
Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.
Darah Manis Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.
Darah Panas Maksud: Cepat marah.
Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.
Darah Putih Maksud: Keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.
Datuk Nenek Maksud: Leluhur.
Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.
Delima Merekah Maksud: Warna bibir yang cantik.
Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.
Depan Hidung = Di Depan Hidung Maksud: Terlalu dekat.
Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.
Detak Hati Maksud: Perasaan, kata hati.
Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.
Detik Jantung Maksud: Bunyi degup jantung.
Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.
Diam Diri = Berdiam Diri Maksud: Tidak berkata-kata.
Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.
Diam Penggali Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.
Diam-Diam Lepu Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.
Diam-Diam Ubi Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.
Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.
Dingin Hati Maksud: Tidak riang.
Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.
Dingin Kepala Maksud: Berfikiran tenang dan waras.
Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.
Dingin Tangan Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.
Duit Kopi Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.
Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.
Ekor Belangkas Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.
Ekor Lipas Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.
Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.
Ekor Mata Maksud: Sudut mata.
Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.
Ekor Pulau Maksud: Hujung pulau.
Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.
Elok Budi Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.
Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.
Emas Putih Maksud: Campuran emas berwarna putih.
Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.
Emas Tempawan
Maksud: Orang yang dikasihi.
Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.
Faham Kiri = Berfahaman Kiri Maksud: Berfikiran politik yang radikal.
Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.
Fajar Menyingsing Maksud: Awal pagi.
Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.
Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok
Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.
Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.
Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa
Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.
Gadis Sunti
Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.
Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.
Gaji Buta
Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.
Gaji Pokok
Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.
Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.
Gambaran Hidup
Maksud: Teladan.
Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.
Untitled Document
Ganti Tikar
Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.
Garam Hidup
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.
Gatal Mulut
Maksud: Suka bercerita keburukan orang.
Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.
Gatal Tangan
Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan.
Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.
Gelap Buta
Maksud: Sangat gelap.
Contoh Ayat: “Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini,” nasihat Pak Mat kepada anaknya.
Gelap Fikiran
Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.
Gelap Hati
Maksud: Sukar memahami pelajaran.
Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.
Gelap Mata
Maksud:
A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
B) Pitam.
Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.
Gelap Wang = Menggelapkan Wang
Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak.
Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.
Gelegar Buluh
Maksud: Bercakap besar tetapi kosong.
Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.
Geli Hati
Maksud: Rasa lucu hendak tertawa.
Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.
Gelora Hati
Maksud: Perasaan yang tidak tenang.
Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.
Gelora Semangat
Maksud: Perasaan berkobar-kobar.
Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.
Gencatan Senjata
Maksud: Memberhentikan peperangan.
Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.
Gendang Paha = Bergendang Paha
Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.
Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.
Gerak Badan
Maksud: Bersenam.
Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.
Gerak Hati
Maksud: Perasaan.
Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.
Gerak Jalan
Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.
Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.
Gerakan Gelap
Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.
Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.
Gigi Air
Maksud: Tepi air laut.
Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.
Gigi Hutan
Maksud: Tepi hutan.
Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.
Gila Angau
Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.
Gila Babi
Maksud: Penyakit sawan babi.
Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.
Gila Bayang Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.
Contoh Ayat: “Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang,” nasihat Zakir kepada Daud.
Gila Bayang-Bayang
Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.
Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.
Gila Harta
Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.
Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.
Gila Isim
Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.
Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.
Gila Judi
Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.
Gila Kuasa
Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa.
Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.
Gila Pangkat
Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.
Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.
Gila Perempuan
Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.
Gila Talak
Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.
Gila Urat
Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.
Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.
Gila-Gila Air
Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).
Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.
Gila-Gila Bahasa
Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.
Golok Kayu
Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.
Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.
Gulung Tikar
Maksud: Muflis.
Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.
Gunting Hati = Menggunting Hati
Maksud: Melukai perasaan.
Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.
Gunung Hati = Menggunung Hati
Maksud: Tersangat ingin.
Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.
Gunung Payung
Maksud: Orang kesayangan.
Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.
Gunung Runtuh
Maksud: Bunyi bergemuruh.
Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.
Habis Akal Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.
Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.
Habis Bulan Maksud: Hujung bulan.
Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.
Habis Jadi Abu Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.
Habis Jodoh Maksud: Bercerai.
Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.
Habis Modal Maksud:
A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.
B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh Ayat:
A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.
Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa Maksud:
A) Mati.
B) Menebus dengan nyawa.
Contoh Ayat:
A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.
B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.
Habis Perkara Maksud: Selesai.
Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.
Habis Tahun Maksud: Penghujung tahun.
Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.
Halwa Mata Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.
Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.
Halwa Telinga Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.
Contoh Ayat: Rancangan “Senandung Malam” yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.
Hampa Tangan Maksud: Tidak mendapat apa-apa.
Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.
Hancur Hati Maksud: Sangat sedih.
Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.
Hangat Hati Maksud: Sangat marah.
Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.
Hangat-Hangat Kuku Maksud: Suam-suam.
Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.
Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.
Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.
Harga Diri Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.
Harga Mati Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.
Harga Pokok Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.
Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.
Hati Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.
Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.
Hati Berlian = Berhati Berlian Maksud: Sangat baik hati.
Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.
Hati Kecil Maksud: Perasaan dalam batin.
Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.
Hati Muda Maksud: Rasa muda dalam hati.
Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.
Hati Nurani Maksud:
A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.
B) Perasaan hati yang murni.
Contoh Ayat:
A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.
Hati Terbuka Maksud: Ikhlas.
Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.
Hati Tungau = Berhati Tungau Maksud: Penakut.
Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.
Hati Waja
Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.
Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.
Hentam Kromo Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.
Hidung Belang Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.
Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.
Hidung Tinggi Maksud: Orang yang sombong.
Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.
Hidup Terbuang Maksud: Tersia-sia diri.
Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.
Hilang Akal Maksud: Gila.
Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.
Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.
Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.
Hilang Harapan Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.
Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.
Hilang Lenyap Maksud: Hilang tanpa berita.
Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.
Hilang Nyawa Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.
Hilang-Hilang Timbul Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.
Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.
Hilir Mudik Maksud: Berjalan ke sana ke mari.
Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.
Hina Budi Maksud: Berkelakuan buruk.
Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.
Hisap Darah Maksud: Memeras atau menindas orang.
Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.
Hisap Jari Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.
Hujung Pangkal Maksud: Asal mula.
Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.
Hukum Alam Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.
Hukum Allah Maksud: Takdir Tuhan.
Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.
Hutang Darah Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.
Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.
Hutang Lapuk Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.
Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.
Hutang Nyawa Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.
Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.
Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.
Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.
Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.
Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.
Ikat Diri = Mengikat Diri
Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.
Ikat Janji = Mengikat Janji
Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.
Ikat Kata = Mengikat Kata
Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.
Ikat Perut
Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.
Iri Hati
Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.
Isi Dada
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.
Isi Rumah
Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.
Jadi Abu Arang Maksud: Barang yang telah rosak.
Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.
Jadi Bapa Kuda Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.
Jadi Bumi Langit Maksud: Orang yang sangat diharapkan.
Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.
Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran Maksud: Masalah yang harus difikirkan.
Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.
Jadi Umang-Umang Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.
Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.
Jaga Hati = Menjaga Hati Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.
Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.
Jaga Mulut Maksud: Berhati-hati bila bercakap.
Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.
Jalan Belakang Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.
Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.
Jalan Buntu Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.
Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.
Jalan Damai Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.
Jalan Fikiran Maksud: Cara berfikir.
Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.
Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.
Jalan Tengah Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.
Jarum Halus Maksud: Tipu muslihat.
Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.
Jatuh Air Muka Maksud: Menjadi malu.
Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.
Jatuh Bangun Maksud: Maju mundur.
Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.
Jatuh Cinta Maksud: Menaruh cinta (kasih).
Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.
Jatuh Harga Diri Maksud: Jatuh maruah.
Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.
Jatuh Melarat Maksud: Menjadi miskin.
Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.
Jatuh Sakit Maksud: Mendapat sakit.
Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.
Jatuh Semangat Maksud: Hilang keberanian.
Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.
Jejak Bara Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.
Jejak Keruh Maksud: Perbuatan yang kurang baik.
Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.
Jejak Langkah Maksud: Mencontohi.
Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.
Jejak Orang Tua Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.
Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.
Jinak-Jinak Lalat Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.
Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.
Jinak-Jinak Merpati Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.
Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.
Juling Air Maksud: Juling sedikit.
Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.
Juling Itik Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.
Kacang Hantu Maksud: Orang jahat.
Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.
Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.
Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut.
Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.
Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.
Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.
Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.
Kaki Gunung Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.
Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.
Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.
Kaki Lima Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.
Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.
Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.
Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.
Kaki Wayang Maksud: Orang yang suka menonton wayang.
Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.
Kaku Lidah Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.
Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.
Kambing Hitam Maksud: Orang yang dipersalahkan.
Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.
Kampung Halaman Maksud: Kampung tempat dilahirkan.
Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.
Kata Dua Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.
Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.
Kata Pujangga Maksud: Perkataan orang bijak pandai.
Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.
Kata Putus Maksud: Ketentuan yang terakhir.
Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.
Kaya Anak Maksud: Banyak anak.
Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.
Kaya Hati Maksud: Pemurah.
Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.
Kaya Hutang Maksud: Orang yang banyak hutang.
Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.
Kecut Hati Maksud: Takut.
Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.
Kelas Kambing Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.
Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.
Keliling Pinggang Maksud: Sangat banyak.
Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.
Ke Luar Negeri Maksud: Pergi ke negeri lain.
Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.
Kembang Hati Maksud: Gembira.
Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.
Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap Maksud: Meluaskan usaha.
Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.
Kena Tangan
Maksud: Dipukul.
Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.
Kepala Berat
Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.
Kepala Berita
Maksud: Tajuk sesuatu berita.
Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.
Kepala Dingin
Maksud: Penyabar.
Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.
Kepala Dua
Maksud: Orang yang tidak setia.
Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.
Kepala Kain
Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.
Kera Sumbang
Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.
Kerang Busuk
Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.
Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.
Keras Lidah
Maksud: Tidak pandai bercakap.
Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.
Keras Mulut
Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.
Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.
Kerat Rotan = Berkerat Rotan
Maksud: Memutuskan perhubungan.
Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.
Kering Hati
Maksud: Tiada rasa belas kasihan.
Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.
Kerja Tangan
Maksud: Pertukangan tangan.
Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.
Ketam Batu Maksud: Sangat kedekut.
Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.
Ketawa Raja
Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.
Khabar Angin
Maksud: Berita yang belum sah.
Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.
Kucing Bertanduk
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.
Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.
Maksud: Memerintah dengan kejam.
Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.
Kuku Kambing
Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.
Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.
Kunci Diri = Mengunci Diri
Maksud: Mengurung diri.
Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.
Kunci Hati
Maksud: Rahsia.
Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.
Kunci Mulut
Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.
Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.
Kurang Adab
Maksud: Tidak sopan.
Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.
Kurang Akal
Maksud: Tidak pandai.
Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.
Kurang Bahasa
Maksud: Tidak halus budi bahasanya.
Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.
Kurang Fikir
Maksud: Tidak berhati-hati.
Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.
Kurang Hati
Maksud: Tidak berminat.
Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.
Kurang Iman
Maksud: Mudah terpedaya.
Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.
Kurang Ingat
Maksud: Pelupa.
Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.
Kurang Jadi = Kurang Menjadi
Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.
Kusut Fikiran
Maksud: Susah hati.
Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.
Kutu Embun
Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.
Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.
Langit Hijau Maksud: Sangat jauh.
Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.
Langkah Baik Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.
Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.
Langkah Bendul Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.
Langkah Kanan Maksud: Bernasib baik; bertuah.
Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.
Langkah Kiri Maksud: Malang.
Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.
Langkah seribu Maksud: Cabut lari.
Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.
Langkah Sumbang Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.
Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.
Lapang Dada Maksud: Perasaan lega.
Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.
Laut Lepas Maksud: Tengah laut.
Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.
Lebai Malang Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.
Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.
Lembut Gigi Daripada Lidah Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.
Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.
Lembut Hati Maksud: Penyayang.
Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.
Lena Ayam Maksud: Belum tidur betul.
Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.
Lepas Angan-Angan Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.
Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.
Lepas Diri Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.
Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.
Lidah Bercabang Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.
Lidah Keras Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.
Lidah Panjang Maksud: Suka menghasut.
Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.
Lidah Tak Bertulang Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.
Lintah Darat Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.
Lipas Kudung Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.
Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.
Lubuk Akal Lautan Budi Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.
Lubuk Hati Maksud: Dalam hati.
Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.
Luka Hati
Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.
Lupa Daratan
Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.
Lurus Akal
Maksud: Jujur.
Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.
Mabuk Gunung Maksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.
Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.
Mabuk Laut Maksud: Pening dan muntah semasa belayar.
Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.
Main Mata = Bermain Mata Maksud: Memberikan isyarat dengan mata.
Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.
Makan Angin Maksud: Berehat atau bersiar-siar.
Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.
Makan Angkat Maksud: Orang yang suka dipuji.
Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.
Makan Beradap Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).
Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.
Makan Besar Maksud: Mengadakan jamuan.
Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.
Makan Budi = Termakan Budi Maksud: Menerima pertolongan orang.
Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.
Makan Bunga
Maksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.
Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam.
Makan Darah
Maksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.
Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar.
Makan Diri
Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.
Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.
Makan Duit Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.
Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.
Makan Gaji Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.
Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.
Makan Garam Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.
Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.
Makan Kawan Maksud: Mencelakakan kawan sendiri.
Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.
Makan Sumpah Maksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.
Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.
Makan Tanggung Maksud: Hidup di bawah jagaan orang lain.
Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya.
Malu-Malu Bahasa Maksud: Berasa segan.
Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa.
Malu-Malu Kucing Maksud: Pura-pura malu.
Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.
Mandi Biar Basah Maksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman.
Mandi Bunga Maksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.
Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.
Mandi Darah Maksud: Berlumuran darah.
Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.
Mandi Embun Maksud: Membiarkan diri dibasahi embun.
Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari.
Mandi Kerbau Maksud: Mandi yang tidak bersih.
Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.
Mandi Keringat = Bermandi Keringat Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.
Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.
Mandi Ombak = Bermandi Ombak Maksud: Basah kena ombak.
Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak.
Masin Lidah Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.
Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya ‘cikgu’.
Masuk Ajar Maksud: Mendengar nasihat.
Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru.
Masuk Akal Maksud: Dapat diterima akal.
Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya.
Masuk Angin Keluar Asap Maksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki.
Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap.
Masuk Angin Maksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya.
Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman.
Masuk Bakul Sampah Maksud: Ditolak.
Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah.
Masuk Buku Maksud: Dicatatkan ke dalam buku.
Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku.
Masuk Daun Maksud: Memperoleh peluang yang baik.
Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya.
Mat Jenin Maksud: Orang yang suka berangan-angan.
Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.
Mata Air Maksud:
A) Orang kesayangan; kekasih.
B) Tempat air keluar dari tanah.
Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga.
Mata Duitan Maksud: Orang yang tamakkan wang.
Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.
Mata Hati Maksud: Perasaan dalam hati.
Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik.
Mata Lembu Maksud: Telur yang digoreng bulat-bulat.
Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu.
Mata Petai Maksud: Tidak dapat melihat dengan betul.
Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak.
Mata Telinga Maksud: Kakitangan yang diharapkan.
Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah penyeludupan.
Mati Akal Maksud: Buntu fikiran.
Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.
Mati Angin Tidak berkuasa.
Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran.
Mati Ayam Maksud: Mati dengan sia-sia.
Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal.
Mati Balik Hidup Maksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar.
Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.
Mati Beragan Maksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup.
Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya.
Mati Kutu Maksud: Tidak melawan.
Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
Minta Diri Maksud: Memohon diizinkan pergi.
Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya.
Minta Jalan Maksud: Meminta diberi jalan untuk lalu.
Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu telah penuh sesak dengan para jemputan.
Minta Nyawa Maksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan.
Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal.
Muka Baru Maksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.
Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis muka baru.
Muka Dua Maksud: Tidak jujur.
Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan.
Muka Lama Maksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman.
Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan.
Muka Laut Maksud: Permukaan laut.
Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut.
Muka Manis Maksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.
Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir.
Muka Masam Maksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci.
Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.
Muka Papan Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.
Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya.
Mulut Bisa Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.
Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya.
Mulut Gatal Maksud: Suka bercakap apa sahaja.
Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh.
Mulut Manis Maksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya.
Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis.
Mulut Murai Maksud: Orang yang suka bercakap banyak.
Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda.
Murah Mulut Maksud: Ramah.
Contoh Ayat: Jiran yang baru pindah itu murah mulut.
Murah Rezeki Maksud: Mudah memperoleh rezeki.
Contoh Ayat: Murah rezeki ayah kali ini kerana dia telah memenangi peraduan teka kata yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbangan.
Musuh Dalam Selimut Maksud: Musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri.
Contoh Ayat: Rupa-rupanya Kim Seng adalah musuh dalam selimut pasukan tentera. Dia telah memberitahu semua rancangan kerajaan kepada pihak musuh.
Naik Angin Maksud: Terlalu marah.
Contoh Ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.
Naik Geram Maksud: Menyampah.
Contoh Ayat: Naik geram saya melihat tingkah lakunya yang mengada-ada itu.
Naik Kepala Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas
Contoh Ayat: Anak manja itu naik kepala apabila ayahnya ada di rumah.
Naik Minyak Maksud: Menjadi marah dan mengganas.
Contoh Ayat: Semasa Ali naik minyak, semua barang-barang yang ada di dalam rumahnya dibaling dan dipecahkannya.
Naik Pitam Maksud: Pening.
Contoh Ayat: Nenek naik pitam dan hampir pengsan kerana cuaca terlalu panas.
Naik Saksi Maksud: Menjadi saksi.
Contoh Ayat: Datuk Ali naik saksi dalam perbicaraan itu.
Naik Semangat Maksud: Bertambah berani.
Contoh Ayat: Dali naik semangat apabila lawannya jatuh setelah ditumbuknya.
Nama Baik Maksud: Maruah.
Contoh Ayat: Nama baik keluarga hendaklah dijaga, walau di mana pun kita berada.
Nasi Damai Maksud: Nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu. Contoh Ayat: Pengantin baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.
Nujum Pak Belalang Maksud: Tukang tilik palsu.
Contoh Ayat: Usah percaya cakapnya, dia sebenarnya Nujum Pak Belalang.
Nyawa-Nyawa Ikan Maksud: Hampir mati.
Contoh Ayat: Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.
Nyiur Gading Maksud: Pokok kelapa kuning.
Contoh Ayat: Halaman rumahnya dihiasi dengan pokok nyiur gading.
Oleh-Oleh
Maksud: Hadiah.
Contoh Ayat: Ibu membawa beberapa helai kain batik dan pasu berukir sebagai oleh-oleh dari Indonesia.
Omong Kosong
Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.
Orang Asing
Maksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Orang asing yang tinggal di negeri ini diberikan layanan yang baik.
Orang Asli
Maksud: Penduduk asal sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Kebajikan orang asli di negara ini dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli.
Orang Atasan
Maksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.
Contoh Ayat: Majlis itu akan dihadiri oleh orang atasan sahaja.
Orang Berada
Maksud: Orang yang berharta.
Contoh Ayat: Jamiah orang berada dan disegani di kampung ini.
Orang Biasa
Maksud: Rakyat biasa.
Contoh Ayat: Walaupun Tengku Kamal kerabat diraja dia tidak kekok bergaul dengan orang biasa.
Orang Buangan
Maksud: Orang yang dihukum buang negeri.
Contoh Ayat: Dia menjadi orang buangan dan tidak dibenarkan balik ke negerinya untuk jangka masa sepuluh tahun.
Orang Buruan
Maksud: Orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.
Contoh Ayat: Pihak polis berjaya menangkap orang buruan itu ketika mereka cuba melarikan diri ke negara jiran.
Orang Dalam Maksud: Orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
Contoh Ayat: Orang dalam disyaki terlibat dalam kecurian itu.
Orang Dapur Maksud: Orang perempuan.
Contoh Ayat: Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.
Orang Gaji Maksud: Pembantu rumah.
Contoh Ayat: Orang gaji saya berasal dari Filipina.
Orang Galang Maksud: Orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.
Contoh Ayat: Ahmad sedia menjadi orang galang demi keselamatan majikannya.
Orang Halus Maksud: Roh, jin atau orang bunian.
Contoh Ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untuk menghalau orang halus yang dikatakan telah mengganggu penduduk kampung.
Orang Harapan Maksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.
Contoh Ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.
Orang Kanan Maksud: Orang yang diharapkan.
Contoh Ayat: Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.
Orang Tua-Tua Maksud: Orang bijak dan berpengalaman.
Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua-tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam hidup.
Orang Upahan Maksud: Orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.
Contoh Ayat: Jaiman menjadi orang upahan dalam kes pembunuhan itu.
Otak Beku Maksud: Bodoh.
Contoh Ayat: Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.
Otak Cair Maksud: Pandai.
Contoh Ayat: Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.
Pacat Kenyang Maksud: Pulang segera sesudah makan.
Contoh Ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.
Padang Jarak Padang Tekukur Maksud: Musnah.
Contoh Ayat: Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Pak Sanggup Maksud: Orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.
Contoh Ayat: Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu.
Pak Turut Maksud: Orang yang mengikut sahaja.
Contoh Ayat: Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan.
Paku Belanda Maksud: Harga tetap.
Contoh Ayat: Barang-barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi.
Paling Hati = Berpaling Hati Maksud: Tidak setia.
Contoh Ayat: Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati.
Panas Rezeki Maksud: Sukar mendapat rezeki.
Contoh Ayat: Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur.
Panjang Akal Maksud: Cerdik.
Contoh Ayat: Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.
Panjang Ekor Maksud: Berani berbuat jahat.
Contoh Ayat: Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan-jalan di pasar raya.
Panjang Lidah Maksud: Suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.
Contoh Ayat: Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman-teman sekerja.
Pasang Badan Maksud: Berhias diri untuk memikat.
Contoh Ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.
Pasang Kaki Maksud: Mengadakan pengintip.
Contoh Ayat: Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan-pelabuhan untuk membanteras kegiatan penyeludupan.
Pasang Mata Maksud: Memerhatikan baik-baik; waspada.
Contoh Ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-mahal belaka.
Pasang Telinga Maksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.
Contoh Ayat: Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.
Pasar Gelap Maksud: Tempat jual beli yang tidak sah.
Contoh Ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.
Patah Arang = Berpatah Arang Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi.
Contoh Ayat: Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak.
Patah Hati Maksud: Kecewa.
Contoh Ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.
Patah Kandar Maksud: Sesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung.
Contoh Ayat: Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja.
Patah Lagu Maksud: Getaran suara apabila menyanyi.
Contoh Ayat: Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan.
Patah Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata dengan lancar.
Contoh Ayat: Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat.
Patah Perang Maksud: Kalah perang.
Contoh Ayat: Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera Malaysia.
Patah Semangat Maksud: Hilang kemahuan untuk berusaha.
Contoh Ayat: Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni.
Patung Bernyawa Maksud: Hidup yang tidak mempunyai cita-cita.
Contoh Ayat: Keadaannya bagai patung bernyawa selepas ditinggalkan Rosli.
Pecah Amanah Maksud: Melanggar amanah.
Contoh Ayat: Saidin dituduh pecah amanah apabila dia didapati menggunakan duit daripada tabung kebajikan untuk perbelanjaan peribadinya.
Pecah Khabar Maksud: Tersiar berita.
Contoh Ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.
Pedih Hati Maksud: Pilu.
Contoh Ayat: Pedih hati Azimah mendengar kata-kata tuan rumah yang menghinanya.
Pekak Badak Maksud: Pura-pura tidak mendengar.
Contoh Ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.
Peluk Lutut = Berpeluk Lutut Maksud: Tidak bekerja.
Contoh Ayat: Dia hanya berpeluk lutut dan berehat di rumah sementara isterinya sibuk bekerja.
Pembasuh Mulut Maksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.
Contoh Ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pembasuh mulut selepas makan tengah hari.
Pendekar Kata Maksud: Orang yang pandai berpidato.
Contoh Ayat: Para penonton terpesona mendengar ucapan pendekar kata itu.
Pendekar pena Maksud: Orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.
Contoh Ayat: Ruangan ‘Lidah Pengarang’ di akhbar-akhbar biasanya dikendalikan oleh pendekar pena.
Pendekar Sambal Maksud: Pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.
Contoh Ayat: Pendekar sambal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.
Pening-Pening Lalat Maksud: Berasa pening sedikit.
Contoh Ayat: Ibu pening-pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.
Perang Dingin Maksud: Bergaduh atau berperang secara takut-menakuti (menggertak); perang secara senyap-senyap.
Contoh Ayat: Masalah kewangan adalah punca utama terjadinya perang dingin antara pasangan suami isteri.
Perang Gerila Maksud: Perang secara bersembunyi.
Contoh Ayat: Selama tiga tahun rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan akibat berlakunya perang gerila antara pihak tentera dengan para pemberontak.
Perang Mulut Maksud: Bertengkar.
Contoh Ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.
Perang Pena Maksud: Pertengkaran melalui tulisan di akhbar.
Contoh Ayat: Perang pena antara parti-parti politik di negara kita sering berlaku di akhbar-akhbar.
Perang Saudara Maksud: Perang antara orang sebangsa.
Contoh Ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.
Perang Terbuka Maksud: Perang secara besar-besaran.
Contoh Ayat: Perang terbuka antara Iraq dan Iran menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Peras Otak = Memeras Otak Maksud: Belajar bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Farid memeras otak untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
Peras Tenaga Orang = Memeras Tenaga Orang Maksud: Membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.
Contoh Ayat: Dia memeras tenaga orang untuk mengerjakan ladangnya tetapi upah yang diberikan terlalu sedikit.
Perigi Buta Maksud: Perigi yang tidak berair.
Contoh Ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.
Perut Kapal Maksud: Bahagian kapal yang di tengah-tengah.
Contoh Ayat: Perut kapal itu sangat luas dan boleh mengisi banyak barang.
Perut Kosong Maksud: Lapar.
Contoh Ayat: Ibu melarang kami pergi ke sekolah dengan perut kosong.
Perut laut Maksud: Bahagian laut yang dalam.
Contoh Ayat: Di perut laut terdapat pelbagai khazanah semula jadi.
Pilih Bulu = Memilih Bulu Maksud: Memandang kedudukan, bangsa dan keturunan.
Contoh Ayat: Walaupun berjawatan tinggi, Roslan tidak memilih bulu untuk berkawan.
Pilih Kasih Maksud: Berat sebelah.
Contoh Ayat: Ketika membesarkan anak-anaknya ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih.
Pindah Tangan = Berpindah Tangan Maksud: Bertukar milik.
Contoh Ayat: Tanah di hujung kampung itu telah berpindah tangan kepada Ah Chong.
Pinggang Kerengga Maksud: Ramping.
Contoh Ayat: Wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.
Pintu Rezeki Maksud: Jalan untuk mendapat rezeki.
Contoh Ayat: Pintu rezeki penduduk di sini terbuka apabila kilang kain itu memulakan operasinya.
Pintu Terbuka Maksud: Sedia menerima tetamu.
Contoh Ayat: Salamah, seorang wakil rakyat yang mengamalkan sikap pintu terbuka sebab itulah rumahnya sering didatangi tetamu.
Pisau Cukur Maksud: Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki.
Contoh Ayat: Jangan dekati perempuan pisau cukur itu nanti habis semua wang kamu dikikisnya.
Potong Jalan Maksud: Mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.
Contoh Ayat: Aku yang sepatutnya mendapat gerai berniaga di situ tetapi Si Bujal telah potong jalan.
Putera Mahkota Maksud: Anak raja yang bakal naik takhta.
Contoh Ayat: Putera sulung Raja Di Hilir telah ditabal menjadi putera mahkota negeri Pinang Sebatang setelah kemangkatan sultannya.
Puteri Lilin Maksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.
Contoh Ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.
Putih Hati Maksud: Ikhlas dan jujur.
Contoh Ayat: Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.
Putih Mata Maksud: Terlepas peluang.
Contoh Ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar borang permohonan.
Putih Tapak Kaki Maksud: Lari sekuat-kuatnya.
Contoh Ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.
Putih Tulang = Berputih Tulang Maksud: Mati.
Contoh Ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.
Putus Arang = Berputus Arang Maksud: Persahabatan yang putus sama sekali.
Contoh Ayat: Peristiwa itu menjadikan mereka berputus arang.
Putus Kata Maksud: Mendapat kata sepakat.
Contoh Ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melangsungkan perkahwinan antara Sabarudin dengan Sabariah pada bulan Ogos tahun ini.
Putus Rezeki Maksud: Hilang mata pencarian.
Contoh Ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.
Putus Ubat Maksud: Upacara menamatkan ubat selepas sembuh.
Contoh Ayat: Keluarga Jehan mengadakan kenduri putus ubat setelah Jehan sembuh daripada sakitnya.
Rabun Ayam Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
Contoh Ayat: Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.
Rabun Senja Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
Raja Bola Maksud: Pemain bola yang handal.
Contoh Ayat: Mokhtar Dahari pernah menjadi raja bola pasukan Selangor.
Raja Sehari Maksud: Pengantin.
Contoh Ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.
Rambang Mata Maksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.
Contoh Ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.
Rangkai Hati Maksud: Orang kesayangan; Kekasih.
Retak Tangan
Maksud: Nasib.
Contoh Ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.
Rezeki Harimau Maksud: Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
Contoh Ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.
Rezeki Murah Maksud: Selalu mendapat keuntungan.
Contoh Ayat: Rahman rezeki murah kerana baru dua hari di bandar dia telah mendapat pekerjaan tetap.
Ringan Kaki Maksud: Suka melawat atau berkunjung.
Contoh Ayat: Aku suka berkawan dengan Anis kerana dia ringan kaki dan mudah diajak berbincang.
Ringan Kepala Maksud: Mudah memahami.
Contoh Ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.
Ringan Mulut Maksud: Peramah dan fasih.
Contoh Ayat: Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-rakannya.
Ringan Tangan Maksud: Suka menolong.
Contoh Ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.
Ringan Tulang Berat Perut Maksud: Orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.
Contoh Ayat: Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.
Rusuh Hati Maksud: Gelisah.
Contoh Ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.
Sagu Hati Maksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.
Contoh Ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.
Sakit Hati Maksud: Marah kerana ditipu atau dihina.
Contoh Ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.
Salah Cakap Maksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.
Contoh Ayat: Jangan cepat percaya pada cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.
Salah Jalan = Tersalah Jalan Maksud: Tersesat.
Contoh Ayat: Kami terlewat untuk menyaksikan persandingan Kamil kerana sewaktu kami hendak ke rumahnya, kami telah tersalah jalan.
Salah Langkah Maksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
Contoh Ayat: Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.
Salah Mulut Maksud: Terlajak kata.
Contoh Ayat: Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.
Salah Urat Maksud: Terseliuh atau terpelecok.
Contoh Ayat: Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi semalam.
Sampai Ajal Maksud: Meninggal dunia.
Contoh Ayat: Sekian lama dia menderita sakit dan kini telah sampai ajalnya.
Sampai Hati Maksud: Tergamak melakukan sesuatu.
Contoh Ayat: Tidak sampai hati Tuk Ya hendak menembak rusa itu.
Saudara Angkat Maksud:
A) Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.
B) Seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.
Contoh Ayat:
A) Jamil menjadi saudara angkat saya semenjak dia masih kecil.
B) Semenjak Jamil tinggal bersama kami setelah kematian orang tuanya, kami menganggapnya sebagai saudara angkat kami.
Saudara Anjing Maksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.
Contoh Ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.
Saudara Baru Maksud: Orang yang baru memeluk agama Islam.
Contoh Ayat: Salmiah Abdullah merupakan saudara baru dan kita perlu membimbingnya mendalami ilmu agama.
Saudara Dekat Maksud: Saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.
Contoh Ayat: Kami saudara dekat kerana ibu kami adik-beradik.
Saudara Kandung Maksud: Saudara seibu sebapa.
Contoh Ayat: Ibu terpaksa menyerahkan saudara kandung saya kepada Mak Piah kerana kesempitan hidup.
Saudara Susu = Saudara Susuan Maksud: Menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.
Contoh Ayat: Dia menjadi saudara susuan saya kerana ibu telah menyusuinya sejak dia masih bayi lagi.
Sehelai Sepinggang Maksud: Pakaian yang ada pada tubuh.
Contoh Ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.
Sejuk Hati Maksud: Perasaan tenang setelah dinasihat atau dipujuk.
Contoh Ayat: Amir berasa sejuk hati setelah dinasihati oleh bapanya.
Sekangkang Kera Maksud: Kecil.
Contoh Ayat: Hanya tanah sekangkang kera itulah hartanya.
Sekapur Sirih Maksud: Sekejap.
Contoh Ayat: Dia singgah tidak lama sekadar sekapur sirih sahaja.
Senang Cakap Maksud: Mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.
Contoh Ayat: Kau senang cakap tetapi apabila disuruh, batang hidung kau pun aku tidak nampak, kata Lily kepada Ahmad.
Senang Hati Maksud: Gembira kerana sesuatu.
Contoh Ayat: Senang hati Mak Tijah kerana anaknya telah lulus dan menjadi seorang doktor yang bertauliah.
Sengkang Mata = Bersengkang Mata Maksud: Tidak tidur semalaman.
Contoh Ayat: Mak Cik Ananti terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anaknya yang sakit.
Senyum Kambing Maksud: Senyum mengejek.
Contoh Ayat: Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat Mona yang mengada-ada itu.
Senyum Kucing Maksud: Senyum yang ada muslihat.
Contoh Ayat: Tali barut Jepun itu senyum kucing apabila memandang Salmah.
Senyum Manis Maksud: Senyum yang menarik.
Contoh Ayat: Suzana tersenyum manis ketika diperkenalkan kepada keluarga bakal mentuanya.
Senyum Mesra Maksud: Senyum yang menunjukkan kemesraan.
Contoh Ayat: Asha tersenyum mesra menyambut kepulangan anaknya.
Senyum Raja Maksud: Senyum yang dibuat-buat.
Contoh Ayat: Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum raja apabila diminta memberikan pendapat.
Senyum Simpul Maksud: Senyum sedikit.
Contoh Ayat: Salina tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh bakal mentuanya
Senyum Tawar Maksud: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita.
Contoh Ayat: Salmah yang dalam kesedihan hanya tersenyum tawar apabila disapa oleh rakan-rakannya.
Sepak Kertas Maksud: Tidak mempunyai pekerjaan.
Contoh Ayat: Sudah dua bulan saya sepak kertas selepas syarikat tempat saya bekerja ditutup.
Separuh Mati Maksud: Terlalu penat.
Contoh Ayat: Separuh mati Zaharah membersihkan rumah yang telah dua bulan ditinggalkan itu.
Seri Muka Maksud: Cahaya muka.
Contoh Ayat: Seri muka Fadhilah masih kelihatan, maklumlah baru mejadi raja sehari.
Seri Panggung Maksud: Bintang bangsawan.
Contoh Ayat: Mistijah digilai ramai pemuda semenjak menjadi seri panggung.
Serkap Jarang Maksud: Menuduh sembarangan.
Contoh Ayat: Kalau menuduh orang biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja.
Setengah Tiang Maksud: Gila-gila.
Contoh Ayat: Jangan percaya cakapnya kerana dia setengah tiang.
Singkat Akal Maksud: Tidak bijak.
Contoh Ayat: Sikap Devi yang singkat akal telah merugikannya apabila dia menjual tanahnya dengan harga yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.
Singkat Umur Maksud: Umur pendek.
Contoh Ayat: Danial singkat umur kerana dia meninggal dunia ketika berumur 30 tahun.
Suara Sumbang = Suara-Suara Sumbang Maksud: Pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.
Contoh Ayat: Banyak suara-suara sumbang yang didengari Zaki selepas dia mengambil keputusan untuk membuka kolam ternakan udang di kampungnya.
Suntuk fikiran Maksud: Cetek pengetahuan.
Contoh Ayat: Jika kamu tidak suka
Tahan Hati Maksud: Cekal.
Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.
Tahi Air Maksud: Sampah yang mengapung di atas air.
Contoh Ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.
Tahi Ketam Maksud: Sisa kayu yang diketam.
Contoh Ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.
Tahi Lalat Maksud: Titik atau tumbuhan kecil di kulit.
Contoh Ayat: Mukanya bujur sirih dan bertahi lalat di tepi hidung.
Tahi Minyak Maksud: Cerewet.
Contoh Ayat: Linggam memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.
Tahu Adab Maksud: Berbudi bahasa.
Contoh Ayat: Dia seorang yang tahu adab dan penghulu memandang tinggi kepadanya.
Tahu Ada Maksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia.
Contoh Ayat: Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.
Tahu Adat Maksud: Sopan santun.
Contoh Ayat: Gadis yang tahu adat itu telah dipinang orang.
Tahu Diuntung Maksud: Sedar akan kedudukan diri.
Contoh Ayat: Husin tahu diuntung akan dirinya kerana itu dia tidak membangga diri.
Tajam Akal Maksud: Pintar.
Contoh Ayat: Kanak-kanak yang tajam akal akan mendapat kemudahan menggunakan komputer secara percuma selama enam bulan di sekolah itu.
Tajam Ingatan Maksud: Tidak pelupa.
Contoh Ayat: Nenek yang berumur seratus tahun itu masih tajam ingatan tentang sejarah hidupnya.
Tajam Pendengaran Maksud: Lekas dapat mendengar.
Contoh Ayat: Walaupun sudah tua tetapi dia masih tajam pendengaran.
Tali Barut Maksud: Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.
Contoh Ayat: Si Hamzah menjadi tali barut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Tangan Kosong Maksud: Hampa.
Contoh Ayat: Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang pekerjaan.
Tangan Panas Maksud: Selalu gagal.
Contoh Ayat: Dia tangan panas kerana semua rancangannya tidak menjadi.
Tangan Terbuka Maksud: Suka menolong orang; murah hati.
Contoh Ayat: Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.
Tangkap Basah = Ditangkap Basah Maksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.
Contoh Ayat: Jabu ditangkap basah ketika menyeludup beras dari negara jiran.
Tangkap Buta Maksud: Menuduh sembarangan.
Contoh Ayat: Kita perlu menyelidiki dahulu tentang hal yang berlaku. Jangan tangkap buta sahaja, kata Pak Mail.
Tangkap Muat Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja.
Contoh Ayat: Jangan tangkap muat sahaja semasa membuat projek itu, Encik Haidir mengingatkan para pekerjanya.
Tangkap Wap Maksud: Perbuatan yang sia-sia.
Contoh Ayat: Usahanya seperti tangkap wap kerana tidak mendatangkan sebarang hasil.
Tarik Kesimpulan Maksud: Membuat kesimpulan.
Contoh Ayat: Daripada cerita saksi, kita boleh tarik kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.
Tarik Modal = Menarik Modal Maksud: Membawa masuk modal.
Contoh Ayat: Kerajaan berusaha menarik modal para pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Tarik Muka Dua Belas Maksud: Bermuka masam.
Contoh Ayat: Seman tarik muka dua belas apabila Abu menuntut hutangnya.
Taruh Hati = Menaruh Hati Maksud: Suka.
Contoh Ayat: Dalam diam-diam Mamat menaruh hati kepada Minah.
Taruh Mata Maksud: Melihat.
Contoh Ayat: Khairul asyik taruh mata kepada Latifah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.
Tawar Hati Maksud: Sudah hilang kepercayaan.
Contoh Ayat: Sejak kejadian kehilangan wang itu, Zakiah telah tawar hati kepada orang gajinya yang disangka jujur.
Telinga Kuali Maksud: Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.
Contoh Ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.
Teman Hidup Maksud: Suami atau isteri.
Contoh Ayat: Syamsiah hendak mencari teman hidup yang bertugas sebagai imam masjid.
Teman Sejawat Maksud: Rakan tempat bekerja.
Contoh Ayat: Teman sejawat saya saling memahami masalah kerja masing-masing.
Terang Hati Maksud: Lekas pandai.
Contoh Ayat: Mudah sungguh mengajar Rafeah menganyam tikar kerana dia terang hati.
Terang Tanah Maksud: Waktu hampir-hampir siang.
Contoh Ayat: Sebelum terang tanah lagi Pak Jalal telah pergi ke kebunnya.
Tidur Mati Maksud: Tidur yang sangat nyenyak.
Contoh Ayat: Jamilah tidur mati dan langsung tidak sedar semasa pencuri memasuki rumahnya.
Tidur-Tidur Ayam Maksud: Tidur yang tidak nyenyak.
Contoh Ayat: Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.
Tikam Lidah = Bertikam Lidah Maksud: Berbantah atau bertengkar.
Contoh Ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka.
Tin Kosong Maksud: Orang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu.
Contoh Ayat: Janganlah terpengaruh dengan kata-katanya kerana dia tin kosong.
Tinggi Hari Maksud: Waktu matahari sudah tinggi.
Contoh Ayat: Biasakan diri bangun awal dan elakkan bangun di waktu tinggi hari.
Tinggi Hati Maksud: Megah dan sombong.
Contoh Ayat: Banyak orang tidak suka kepada Tumina kerana dia tinggi hati.
Titi Buih = Meniti Buih Maksud: Melakukan pekerjaan yang sangat sukar.
Contoh Ayat: Pekerjaan menyelamatkan mangsa kebakaran dari bangunan yang tinggi sama seperti meniti buih.
Titik Peluh Maksud: Hasil usaha sendiri.
Contoh Ayat: Dia amat menyayangi rumah pusaka yang didudukinya sekarang kerana ia didirikan dengan titik peluh ayahnya.
Tua-Tua Keladi Maksud: Orang tua yang berperangai buruk.
Contoh Ayat: Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan.
Tua-Tua Kelapa Maksud: Orang yang semakin tua semakin baik perangainya.
Contoh Ayat: Selepas bersara sikap Encik Salman bagai tua-tua kelapa kerana dia sering membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.
Tua-Tua Terung Masam Maksud: Orang tua yang berperangai muda.
Contoh Ayat: Pak Ali bersikap seperti tua-tua terung masam, walaupun sudah tua dia masih suka ke kelab dangdut.
Tulang Belakang Maksud: Punca kekuatan.
Contoh Ayat: Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.
Tulang Hitam Maksud: Sumsum.
Contoh Ayat: Ketika kami berada di kemuncak Gunung Kinabalu, sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.
Tulang Itik Maksud: Orang yang tidak kuat bekerja.
Contoh Ayat: Dia lebih banyak berehat daripada bekerja kerana dia tulang itik.
Tulang Kering
Maksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.
Contoh Ayat: Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.
Turun Minyak Maksud: Menjadi berang atau ganas.
Contoh Ayat: Gajah itu turun minyak dan memusnahkan banyak tanaman penduduk kampung.
Turun Takhta Maksud: Melepaskan jawatan raja.
Contoh Ayat: Baginda dengan rela hati akan turun takhta memandangkan kesihatan baginda yang semakin tidak memuaskan.
Ubat Hati = Pengubat Hati Maksud: Penghibur hati.
Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.
Ubat Jerih Maksud: Upah.
Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.
Untung Batu Maksud: Nasib yang buruk.
Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.
Untung Sabut Maksud: Nasib yang baik.
Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.
Wang Duka
Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.
Wang Hantaran
Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.
Wang Suap
Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.
Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.
Zaman Bahari
Maksud: Zaman purbakala.
Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.
Zaman Puntung Berasap
Maksud: Zaman kuno.
Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.